Friday, September 7, 2012

Nikon D7000

Assalamualaikum....
.
Mungkin ramai yang telah mengetahui kewujudan Kamera Model D7000 daripada jenama terkenal Nikon terutamanya mereka yang berminat dalam bidang fotografi. Tiba2 cerita pasal kamera Nikon ni bukan apa, saja mau bagi tau  hampir semua foto yang di post dalam blog ini menggunakan Kamera Nikon Model D7000. Ada juga yang di ambil menggunakan Samsung Galaxy S plus tetapi tidak banyaklah.
Ok berbalik kepada cerita Nikon D7000 ni....kenapa hubby beli kamera ni ? ok senang saja....hubby orang baru dalam dunia fotografi ni, jadi dia mesti mencari kamera yang bersesuaian dengan skill yang dia ada....so hubby search punya search dan minta pandangan daripada senior2, ramai yang mencadangkan agar dia membeli D7000. Kamera ni actually untuk orang yang baru berjinak2 dalam dunia fotografi tetapi spesifikasinya seperti model2 kamera untuk mereka yang semi pro dan pro..jadi hubby tidak payah lagi mo upgrade2 kamera kalau dia sudah campen mengambil foto nanti...
.
Untuk yang tidak berapa tahu mengenai Kamera Nikon D7000, ini ada sedikit maklumat mengenainya;-
  • Model DX-Format Digital SLR
  • Image Resolution16.2 megapixels
  • Sensor cmos 23.6 x 15.6 mm
  • Image Processor Expeed 2
  • Metering Sensor
  • Sistem Autofocus yang lebih canggih
  • boleh merakam video dalam format HD1080p
  • Harga dalam lingkungan RM 3,000 - RM 5,000
.
.

Hubby with his Nikon D7000


No comments:

Post a Comment

Komen Membina amatlah dihargai.....Thanks (^_~)